Jenis lot, jana lot dan pelan lantai
Cipta jenis booth dengan harga, jana siri lot sekaligus dan susun lot di atas pelan lantai venue.
Langkah demi langkah
-
1
Buka Urus Lot
Dari halaman event, buka Urus Lot. Semua jenis booth dan lot event ini diurus di sini.
-
2
Tambah jenis booth
Isi nama, kod, harga, saiz dan kemudahan (contoh: meja, 2 kerusi, plug 13A), kemudian tekan Tambah.
-
3
Jana siri lot
Pilih jenis booth, awalan (contoh A) dan julat nombor, kemudian tekan Jana Lot. Kod yang sudah wujud dilangkau.
-
4
Hadkan kepada kategori (pilihan)
Contoh: baris berhampiran saliran dikhaskan untuk F&B. Lot itu hanya boleh diberi kepada vendor kategori tersebut.
-
5
Susun pelan lantai
Tekan Susun Pelan Lantai. Muat naik imej susun atur venue dalam borang event, kemudian seret lot ke kedudukan sebenar.
-
6
Urus lot secara pukal
Pilih beberapa lot untuk menukar jenis, menutup lot yang tidak dijual atau memadam lot yang belum ditempah.
Tip
- tips_and_updates Menukar jenis lot yang sudah ditempah mengekalkan harga yang vendor sudah setuju; lot kosong mengambil harga jenis baharu.
- tips_and_updates Vendor melihat pelan lantai yang sama semasa memilih lot pilihan, jadi kedudukan yang tepat mengurangkan soalan.
Soalan lazim
Kenapa saya tidak boleh memadam jenis booth? expand_more
Masih ada lot yang memakai jenis itu. Tukar jenis lot tersebut dahulu, kemudian padam.
Lot bertindan di atas pelan. expand_more
Gunakan butang susun semula di skrin pelan lantai untuk menyusun semua lot, kemudian betulkan dengan menyeret.