arrow_back Semua panduan
mail Penganjur (EO) 7 langkah smart_display 1:18 minit

Jemput vendor ke event

Jana pautan jemputan peribadi, hantar melalui WhatsApp atau e-mel, dan jejak siapa yang sudah membuka dan mendaftar.

format_list_numbered

Langkah demi langkah

  1. 1

    Buka Jemputan

    Vendor & Saringan → Jemputan. Jemputan ialah pautan PERIBADI untuk vendor tertentu — untuk orang ramai, guna pautan pendaftaran event.

  2. 2

    Isi butiran jemputan

    Jemput sebagai Vendor, pilih event, vendor baharu atau sedia ada, nama, e-mel atau telefon dan mesej peribadi.

  3. 3

    Jana pautan

    Tekan Jana Pautan Jemputan. Pautan hanya dipaparkan SEKALI — salin sebelum menutupnya.

  4. 4

    Hantar kepada vendor

    Tekan Salin atau Hantar melalui WhatsApp. Sertakan pautan panduan vendor supaya mereka tahu cara mendaftar.

  5. 5

    Jejak status jemputan

    Senarai menunjukkan Dihantar, Dibuka, Diterima atau Tamat tempoh — anda tahu siapa perlu dihubungi.

  6. 6

    Lanjut, jemput semula atau batal

    Lanjutkan 14 hari, jemput semula, atau batalkan jemputan yang tidak lagi diperlukan.

  7. 7

    Jemput secara pukal

    Dari halaman event: jemput semula vendor event lepas, guna Cadangan untuk kategori kurang isi, atau import peserta daripada spreadsheet.

lightbulb

Tip

  • tips_and_updates Pilih "Vendor sedia ada" untuk vendor yang pernah menyertai — sejarahnya kekal dalam satu profil.
  • tips_and_updates Anda dimaklumkan dalam loceng notifikasi bila jemputan diterima.
help

Soalan lazim

Saya terlupa menyalin pautan. expand_more

Pautan tidak boleh dipaparkan semula kerana ia tidak disimpan. Jana jemputan baharu atau tekan Jemput Semula.

Vendor kata pautan tamat tempoh. expand_more

Tekan Lanjutkan 14 hari pada baris jemputan itu, atau jana jemputan baharu.